Monday, 14 September 2015

MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA





PENGENALAN
       Imbasan terhadap pengalaman pembelajaran ketika anda merupakan seorang pelajar, sama ada di sekolah ataupun di universiti, adalah sesuatu yang boleh memotivasikan anda dalam aspirasi belajar. Namun, situasi pembelajaran di IPGKPM adalah berbeza.

  • Pertama, anda perlu memainkan peranan penting dalam mengurus pembelajaran anda sendiri.
  •   Kedua, anda perlu memberi perhatian kepada pensyarah atau tutor yang mengajar di dalam kelas sebenar.
  •   Ketiga, anda perlu mengatur pelbagai strategi untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya dalam pembelajaran.

PENETAPAN OBJEKTIF

  •   Matlamat adalah perkara-perkara yang anda mahu capai. Matlamat adalah penting untuk pelajar seperti anda kerana ia memberikan anda motivasi untuk melakukan kerja anda, menghadiri kelas dan bersedia untuk peperiksaan. Ini akan meningkatkan peluang kejayaan anda.
(a) Ciri-ciri Matlamat yang Berkesan.Untuk memiliki matlamat yang berkesan, anda perlu:
  
(i) Pilih dan tentukan matlamat anda sendiri.

 (ii) Pastikan matlamat berkaitan dan selari dengan misi dan nilai-nilai teras.

  (iii) Pastikan matlamat yang perlu anda capai tetapi tidak memberikan tekanan yang tidak perlu untuk sesuatu pencapaian.

  (iv) Jadikan matlamat anda realistik untuk dicapai. Untuk ini, anda mesti menilai peluang untuk mencapai matlamat. Pastikan anda mempunyai pengetahuan, kemahiran, bakat dan sumber untuk mencapai matlamat anda.

  (v) Spesifikasikan matlamat untuk mendorong anda mencapai kejayaan.

  (vi) Matlamat boleh diukur jika anda dapat menentukan hala tujunya.

  (vii) Matlamat tidak terikat dengan masa. Pastikan matlamat pembelajaran anda dirancang dari segi masa.

  (viii) Matlamat membantu anda untuk bersikap positif.

  (ix) Aturkan matlamat. Tulis dan simpan bahan dengan baik untuk memfokuskan pencapaian.


  •   Dalam menetapkan matlamat yang berkesan, anda wajar mengingat akronim SMART yang bermaksud:
*      S  Specific (Khusus)
*      M  Measurable or verifiable (Boleh Diukur)
*      A  Attainable (Boleh Dicapai)
*      R  Relevant to personal mission (Sejajar dengan misi peribadi)
*      T  Time-bound  target date (Ikatan masa  tarikh sasaran)


  • Penting bagi anda untuk mengimbangkan antara matlamat akademik
dengan matlamat peribadi. Matlamat akademik perlu berkaitan dengan
kerja kursus anda. Matlamat peribadi juga adalah penting untuk tujuan
tersebut. Walau bagaimanapun, jika anda memberikan tumpuan terlalu
banyak terhadap matlamat peribadi, anda mempunyai peruntukan masa
yang sedikit untuk belajar. Justeru, imbangkan matlamat akademik dan
peribadi anda secara fleksibel.

STRATEGI MOTIVASI BAGI PEMBELAJARAN YANG BERJAYA

  (a) Tetapkan Matlamat Pembelajaran yang Mencabar Tetapi Realistik
     -Sebelum anda memulakan tugas anda, buat keputusan mengenai fakta-fakta, konsep atau idea-idea yang anda mahu belajar. Tetapkan diri anda tentang matlamat yang realistik dan boleh dicapai supaya anda akan lebih bermotivasi.

  (b) Lakukan Tugas yang Lebih Mudah
      -Lakukan tugas yang lebih mudah dan lebih terkawal supaya anda tidak akan berasa gentar atau takut.

  (c) Kekalkan Sikap Positif
       -Kekalkan sikap positif anda. Fikirkan kesulitan dan kerumitan sebagai cabaran. Jika ada sesuatu yang anda perlu belajar yang seolah-olah mengancam, pertimbangkan cara untuk melakukan sesuatu yang baharu.

  (d) Kemuncakkan Matlamat
     -Bina satu set matlamat yang lebih mencabar. Pastikan anda dapat rasakan puncak pencapaian matlamat.

  (e) Gunakan Strategi Pembelajaran Aktif
     - Ambil inisiatif untuk mencari bahan sumber dengan pergi ke perpustakaan, melayari laman web, bertanyakan soalan kepada tutor, bersemuka dan sebaikbaiknya menggunakan peluang untuk berinteraksi serta berkomunikasi dengan rakan sebaya dalam perbincangan maya.

  (f) Belajar daripada Kesilapan
      -Kesilapan mengajar kita dalam kehidupan. Tanya diri anda, „Adakah terdapat cara yang lebih baik?‰ apabila melakukan sesuatu.

  (g) Memantau Pembelajaran
     - Untuk memberi motivasi kepada diri sendiri, cerminkan kemajuan anda sambil belajar. Dapatkan maklum balas daripada tutor anda mengenai ujian dan tugasan anda. Bincangkan gred anda dengan pihak yang berkaitan.


PENGURUSAN MASA



  •   Pengurusan masa adalah cara anda mengawal selia jadual anda. Kunci kepada pengurusan masa yang berjaya memberikan laluan yang lancar untuk’menyiapkan kerja anda.



  •        Beberapa faedah akan diperoleh daripada pengurusan masa yang berkesan iaitu:

  1.    Rancang masa hadapan;
  2.    Nilai kemajuan anda;
  3.    Luangkan masa dengan lebih produktif;
  4.    Kawal aktiviti anda; dan
  5.    Utamakan senarai perkara yang paling penting dilakukan.

  •        Perkara-perkara berikut memberikan beberapa nasihat tentang cara untuk menganalisis penggunaan masa anda dengan menetapkan keutamaan dalam perancangan jadual.
  (a) Analisis Penggunaan Masa
      -Ini adalah salah satu perkara yang paling penting dalam pembelajaran dan wajar diuruskan sendiri. Walau bagaimanapun, pengurusan masa adalah lebih Daripada sekadar mengurus masa anda. Ia juga mengenai pengurusan diri.

  (b) Tetapkan Keutamaan Anda
      - Sebaik sahaja anda tahu jumlah masa yang anda ada untuk belajar, anda mesti tahu cara menjaga situasi anda dan mencapai matlamat anda. Keutamaan anda juga harus merangkumi hubungan anda dengan orang lain. Jika anda telah berkahwin, maka keutamaan anda mungkin termasuk pasangan dan anak-anak anda. Sekiranya anda masih bujang dan tinggal dengan rakan-rakan, anda boleh mempertimbangkan rakan-rakan dalam senarai keutamaan anda.

  (c) Merancang Jadual
      -Mulakan proses perancangan dengan menulis rancangan anda. Terdapat bantuan pengurusan masa berlainan yang boleh membantu anda merancang. Ini termasuk jadual, diari dan perancangan tahunan. Anda juga boleh menggunakan peralatan elektronik dalam perancangan yang terbaharu!

PERANCANGAN JADUAL BELAJAR
  Bagi seseorang pelajar merangka sebuah jadual belajar adalah satu kemestian, di mana para pelajar perlu mengambil kira banyak faktor untuk menetapkan jadual belajarnya sendiri. Pelajar boleh merangka jadual belajar dengan berdasarkan perkara-perkara di bawah:

  1. Cuba peruntukkan masa beberapa jam sehari diperlukan untuk tujuan belajar dan kemudian bahagikan masa tersebut mengikut keperluan

  2. Cuba kira berapa banyak kerja mesti dilakukan menurut keupayaan anda untuk mematuhi jadual waktu belajar anda nanti. Peruntukkan sebanyak mungkin masa untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran sahaja.

  3. Kerja sampingan lain hanya anda lakukan jika masa untuk belajar masih berbaki

  4. Anda boleh memilih waktu dalam hari-hari tertentu untuk melaksanakan tujuan ini (kerja-kerja sampingan) dengan sehabis mungkin.

  5. Cuba ketepikan masa satu jam atau dua jam setiap hari untuk membuat nota.

  6. Anda perlu menulis dan memegang erat motto peribadi seperti ‘biarkan cepat asalkan dapat’, yang bermaksud belajar dan menelaah semua mata pelajaran bermula sejak hari pertama di kelas. Adalah lebih baik dan selamat, daripada baru mulai membuat nota dan menelaah kira-kira seminggu sebelum peperiksaan.

7. Cuba beri keutamaan kepada hal-hal perkuliahan dan pelajaran apabila di rumah atau asrama. Masa yang lebih misalnya pada hari Sabtu dan Ahad bolehlah digunakan untuk aktiviti-aktiviti sampingan.

CONTOH JADUAL BELAJAR


GAYA PEMBELAJARAN SENDIRI

  •        Gaya pembelajaran sendiri boleh membantu meningkatkan pembelajaran anda. Jika anda tahu gaya pembelajaran, anda boleh memfokuskan pembelajaran anda, sekali gus meningkatkan ketegaran anda.
  •        Orang yang berlainan cenderung kepada gaya pembelajaran yang berbeza.Walau bagaimanapun, terdapat juga cara lain untuk menentukan bentuk gaya pembelajaran. Tidak ada kelebihan antara satu gaya pembelajaran dengan gaya yang lain. Dengan pengetahuan yang khusus tentang gaya pembelajaran sendiri, anda dapat:
  (a) Mengelak situasi bermasalah;
  (b) Mensasarkan perkara-perkara yang memerlukan penambahbaikan; dan
  (c) Mencapai lebih kejayaan.


  •   Pengurusan Pembelajaran
  •   Pembelajaran terarah kendiri memerlukan anda mengkaji secara bebas tentang ketersediaan masa. Justeru, modul ini berfungsi sebagai sumber utama pembelajaran. Modul ini juga ditambah dengan bahan-bahan bacaan bercetak dan digital yang lain. Di samping itu, pembelajaran juga berlak dengan penggunaan pita audio, video, CD-ROM dan eksperimen di dalammakmal. Rajah 1.2 menunjukkan beberapa kelebihan yang diperoleh pelajaryang berfungsi dalam pembelajaran terarah kendiri.

No comments:

Post a Comment