Monday, 14 September 2015

MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA





PENGENALAN
       Imbasan terhadap pengalaman pembelajaran ketika anda merupakan seorang pelajar, sama ada di sekolah ataupun di universiti, adalah sesuatu yang boleh memotivasikan anda dalam aspirasi belajar. Namun, situasi pembelajaran di IPGKPM adalah berbeza.

  • Pertama, anda perlu memainkan peranan penting dalam mengurus pembelajaran anda sendiri.
  •   Kedua, anda perlu memberi perhatian kepada pensyarah atau tutor yang mengajar di dalam kelas sebenar.
  •   Ketiga, anda perlu mengatur pelbagai strategi untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya dalam pembelajaran.

PENETAPAN OBJEKTIF

  •   Matlamat adalah perkara-perkara yang anda mahu capai. Matlamat adalah penting untuk pelajar seperti anda kerana ia memberikan anda motivasi untuk melakukan kerja anda, menghadiri kelas dan bersedia untuk peperiksaan. Ini akan meningkatkan peluang kejayaan anda.
(a) Ciri-ciri Matlamat yang Berkesan.Untuk memiliki matlamat yang berkesan, anda perlu:
  
(i) Pilih dan tentukan matlamat anda sendiri.

 (ii) Pastikan matlamat berkaitan dan selari dengan misi dan nilai-nilai teras.

  (iii) Pastikan matlamat yang perlu anda capai tetapi tidak memberikan tekanan yang tidak perlu untuk sesuatu pencapaian.

  (iv) Jadikan matlamat anda realistik untuk dicapai. Untuk ini, anda mesti menilai peluang untuk mencapai matlamat. Pastikan anda mempunyai pengetahuan, kemahiran, bakat dan sumber untuk mencapai matlamat anda.

  (v) Spesifikasikan matlamat untuk mendorong anda mencapai kejayaan.

  (vi) Matlamat boleh diukur jika anda dapat menentukan hala tujunya.

  (vii) Matlamat tidak terikat dengan masa. Pastikan matlamat pembelajaran anda dirancang dari segi masa.

  (viii) Matlamat membantu anda untuk bersikap positif.

  (ix) Aturkan matlamat. Tulis dan simpan bahan dengan baik untuk memfokuskan pencapaian.


  •   Dalam menetapkan matlamat yang berkesan, anda wajar mengingat akronim SMART yang bermaksud:
*      S  Specific (Khusus)
*      M  Measurable or verifiable (Boleh Diukur)
*      A  Attainable (Boleh Dicapai)
*      R  Relevant to personal mission (Sejajar dengan misi peribadi)
*      T  Time-bound  target date (Ikatan masa  tarikh sasaran)


  • Penting bagi anda untuk mengimbangkan antara matlamat akademik
dengan matlamat peribadi. Matlamat akademik perlu berkaitan dengan
kerja kursus anda. Matlamat peribadi juga adalah penting untuk tujuan
tersebut. Walau bagaimanapun, jika anda memberikan tumpuan terlalu
banyak terhadap matlamat peribadi, anda mempunyai peruntukan masa
yang sedikit untuk belajar. Justeru, imbangkan matlamat akademik dan
peribadi anda secara fleksibel.

STRATEGI MOTIVASI BAGI PEMBELAJARAN YANG BERJAYA

  (a) Tetapkan Matlamat Pembelajaran yang Mencabar Tetapi Realistik
     -Sebelum anda memulakan tugas anda, buat keputusan mengenai fakta-fakta, konsep atau idea-idea yang anda mahu belajar. Tetapkan diri anda tentang matlamat yang realistik dan boleh dicapai supaya anda akan lebih bermotivasi.

  (b) Lakukan Tugas yang Lebih Mudah
      -Lakukan tugas yang lebih mudah dan lebih terkawal supaya anda tidak akan berasa gentar atau takut.

  (c) Kekalkan Sikap Positif
       -Kekalkan sikap positif anda. Fikirkan kesulitan dan kerumitan sebagai cabaran. Jika ada sesuatu yang anda perlu belajar yang seolah-olah mengancam, pertimbangkan cara untuk melakukan sesuatu yang baharu.

  (d) Kemuncakkan Matlamat
     -Bina satu set matlamat yang lebih mencabar. Pastikan anda dapat rasakan puncak pencapaian matlamat.

  (e) Gunakan Strategi Pembelajaran Aktif
     - Ambil inisiatif untuk mencari bahan sumber dengan pergi ke perpustakaan, melayari laman web, bertanyakan soalan kepada tutor, bersemuka dan sebaikbaiknya menggunakan peluang untuk berinteraksi serta berkomunikasi dengan rakan sebaya dalam perbincangan maya.

  (f) Belajar daripada Kesilapan
      -Kesilapan mengajar kita dalam kehidupan. Tanya diri anda, „Adakah terdapat cara yang lebih baik?‰ apabila melakukan sesuatu.

  (g) Memantau Pembelajaran
     - Untuk memberi motivasi kepada diri sendiri, cerminkan kemajuan anda sambil belajar. Dapatkan maklum balas daripada tutor anda mengenai ujian dan tugasan anda. Bincangkan gred anda dengan pihak yang berkaitan.


PENGURUSAN MASA



  •   Pengurusan masa adalah cara anda mengawal selia jadual anda. Kunci kepada pengurusan masa yang berjaya memberikan laluan yang lancar untuk’menyiapkan kerja anda.



  •        Beberapa faedah akan diperoleh daripada pengurusan masa yang berkesan iaitu:

  1.    Rancang masa hadapan;
  2.    Nilai kemajuan anda;
  3.    Luangkan masa dengan lebih produktif;
  4.    Kawal aktiviti anda; dan
  5.    Utamakan senarai perkara yang paling penting dilakukan.

  •        Perkara-perkara berikut memberikan beberapa nasihat tentang cara untuk menganalisis penggunaan masa anda dengan menetapkan keutamaan dalam perancangan jadual.
  (a) Analisis Penggunaan Masa
      -Ini adalah salah satu perkara yang paling penting dalam pembelajaran dan wajar diuruskan sendiri. Walau bagaimanapun, pengurusan masa adalah lebih Daripada sekadar mengurus masa anda. Ia juga mengenai pengurusan diri.

  (b) Tetapkan Keutamaan Anda
      - Sebaik sahaja anda tahu jumlah masa yang anda ada untuk belajar, anda mesti tahu cara menjaga situasi anda dan mencapai matlamat anda. Keutamaan anda juga harus merangkumi hubungan anda dengan orang lain. Jika anda telah berkahwin, maka keutamaan anda mungkin termasuk pasangan dan anak-anak anda. Sekiranya anda masih bujang dan tinggal dengan rakan-rakan, anda boleh mempertimbangkan rakan-rakan dalam senarai keutamaan anda.

  (c) Merancang Jadual
      -Mulakan proses perancangan dengan menulis rancangan anda. Terdapat bantuan pengurusan masa berlainan yang boleh membantu anda merancang. Ini termasuk jadual, diari dan perancangan tahunan. Anda juga boleh menggunakan peralatan elektronik dalam perancangan yang terbaharu!

PERANCANGAN JADUAL BELAJAR
  Bagi seseorang pelajar merangka sebuah jadual belajar adalah satu kemestian, di mana para pelajar perlu mengambil kira banyak faktor untuk menetapkan jadual belajarnya sendiri. Pelajar boleh merangka jadual belajar dengan berdasarkan perkara-perkara di bawah:

  1. Cuba peruntukkan masa beberapa jam sehari diperlukan untuk tujuan belajar dan kemudian bahagikan masa tersebut mengikut keperluan

  2. Cuba kira berapa banyak kerja mesti dilakukan menurut keupayaan anda untuk mematuhi jadual waktu belajar anda nanti. Peruntukkan sebanyak mungkin masa untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran sahaja.

  3. Kerja sampingan lain hanya anda lakukan jika masa untuk belajar masih berbaki

  4. Anda boleh memilih waktu dalam hari-hari tertentu untuk melaksanakan tujuan ini (kerja-kerja sampingan) dengan sehabis mungkin.

  5. Cuba ketepikan masa satu jam atau dua jam setiap hari untuk membuat nota.

  6. Anda perlu menulis dan memegang erat motto peribadi seperti ‘biarkan cepat asalkan dapat’, yang bermaksud belajar dan menelaah semua mata pelajaran bermula sejak hari pertama di kelas. Adalah lebih baik dan selamat, daripada baru mulai membuat nota dan menelaah kira-kira seminggu sebelum peperiksaan.

7. Cuba beri keutamaan kepada hal-hal perkuliahan dan pelajaran apabila di rumah atau asrama. Masa yang lebih misalnya pada hari Sabtu dan Ahad bolehlah digunakan untuk aktiviti-aktiviti sampingan.

CONTOH JADUAL BELAJAR


GAYA PEMBELAJARAN SENDIRI

  •        Gaya pembelajaran sendiri boleh membantu meningkatkan pembelajaran anda. Jika anda tahu gaya pembelajaran, anda boleh memfokuskan pembelajaran anda, sekali gus meningkatkan ketegaran anda.
  •        Orang yang berlainan cenderung kepada gaya pembelajaran yang berbeza.Walau bagaimanapun, terdapat juga cara lain untuk menentukan bentuk gaya pembelajaran. Tidak ada kelebihan antara satu gaya pembelajaran dengan gaya yang lain. Dengan pengetahuan yang khusus tentang gaya pembelajaran sendiri, anda dapat:
  (a) Mengelak situasi bermasalah;
  (b) Mensasarkan perkara-perkara yang memerlukan penambahbaikan; dan
  (c) Mencapai lebih kejayaan.


  •   Pengurusan Pembelajaran
  •   Pembelajaran terarah kendiri memerlukan anda mengkaji secara bebas tentang ketersediaan masa. Justeru, modul ini berfungsi sebagai sumber utama pembelajaran. Modul ini juga ditambah dengan bahan-bahan bacaan bercetak dan digital yang lain. Di samping itu, pembelajaran juga berlak dengan penggunaan pita audio, video, CD-ROM dan eksperimen di dalammakmal. Rajah 1.2 menunjukkan beberapa kelebihan yang diperoleh pelajaryang berfungsi dalam pembelajaran terarah kendiri.

KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT DAN PENYEDIAAN MAKLUMAT


  • ·  Kemahiran memproses maklumat merupakan peringkat untuk menguji kebolehan pelajar mmenggabungkan, mengintegrasikan, atau mencantumkan idea-idea serta mentafsirkan dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip iduksi atau deduksi.

  • ·  Pelajar perlu menguasai kemahiran memproses maklumat kerana ia adalah amat penting dalam proses pembelajaran sepanjang hayat.


MENGANALISIS MAKLUMAT YANG DIKUMPUL
      Analisis data merupakan  satu proses menggunakan data bagi memberikan maklumat yang berguna  untuk mencadangkan kesimpulan dan menyokong setiap keputusan yang bakal diambil.
      Dalam menganalisis data, anda perlulah pastikan bahawa anda mempunyai lebih dari tiga data untuk dianalisis.
      Data kualitatif dan data kuantitatif boleh dipersembahkan secara grafik untuk membantu memudahkan proses analisis.
      Maklumat yang telah disusun atau diproses perlu dianalisis untuk membuat kesimpulan yang jelas dan tepat.
      Antara tujuan untuk menganalisis data adalah seperti berikut :-
  1. Menghubungkaitkan fakta
  2. Mensintesiskan data
  3. Membandingkan fakta
  4. Membaca yang tersirat
  5. Membuat kesimpulan

·         Antara langkah menganalisis data yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan :-

Langkah analisis data kualitatif

Langkah 1
      Tengok maklum balas secara lalu
      Ambil nota berdasarkan  tema yang muncul, isu atau faktor
      Cari item yang berulang atau penting
      Pemerhatian, video, audio
      Temu bual, rekod dan taip semula
      Boleh guna untuk jadual, ditulis mengikut tema

Langkah 2
      pilih 3-4 tema / kategori yang muncul dan bina matriks
      Cuba buat carta bukti berkaitan dengan tema utama
      Letak tema / kategori di atas dan senaraikan pelajar di bahagian tepi
      Boleh gna kod warna, membuat perbezaan mengikut kategori

Langkah 3
      Jika boleh, bincang tinjauan dengan pendidik lain
      Baca tnjauan(soal selidik) dan highlight kata kunci yang berkaitan dengan   tema atau kategori yang telah dikenal pasti
      Rekodkan dapatan dalam kotak ang bersesuaian di dalam carta yang telah dibina

            Langkah 4
      Tanya( apa yang telah anda dapat)
      Rekod pemerhatian pola yang muncul semasa lihat matriks
      Pola konsep
      Pola sikap
      Tulis / rekod pemerhatian di bawah carta matriks
      Contoh :-
  1. Orang pelajar(siapa yang bercakap banyak)
  2. Perkataan takut diucap banyak kali
  3. Sokongan bacaan jurnal

Langkah 5
      Kesimpulan yang boleh dibuat
      Rekod kesimplan sama ada di bawah matriks atau dalam kertas yang berasingan
      Berikut ini dinyatakan ringkasan data analisis yang boleh anda lakukan ketika menganalisis data yang telah dikumpul.

Proses analisis data
  • Reka bentuk  pendekatan sistematik, simpan semua data
  • Cuba faham maklumat yang ingin disampaikan oleh data
  • Cari tema pola
  • Susun data berdasarkan apa yang dipelajari daripada data
  • Masukkan semua data, termasuk data yang tidak menyokong apa yangg dicari
  • Baca lebih daripada sekali
  • Bina imej visual dengan cara yang kreatif
  • Tulis nota ringkas untuk diri sendiri
  • Kongsi dapatan; perbincangan akan timbulkan soalan baru
  • Analisis semua data dan buat nota sepanjang masa
  • Cari tema dan pola
  • Ringkasankan tema kepada 3-5 idea
  • Lihat kembali data dan semak tema-tema yang telah dibuat
  • Bina subtema jika perlu
  • Simpan nota secara berterusan, dapatan kadangkala mengejutkan
  • Semak maklumat untuk mencari idea yang kerap atau muncul secara dominan
  • Kenal pasti perkara utama
  • Cari maklumat untuk menyokon g dapatan kajian

MENTAFSIR DAN MEMBUAT KESIMPULAN
      Pelajar  boleh mentafsir maklumat berdasarkan pelbagai data yang telah dikumpulkan melalui pencarian maklumat sebelumnya.
      Antara tujuan mentafsir maklumat:-
  1. Mengesan pola atau corak berdasarkan maklumat yang diperoleh
  2. Menyatakan hubungan di antara maklumat
  3. Membuat kesimpulan berdasarkan data yang dikumpulkan
·         Prinsip asas dalam pentafsiran  terhadap maklumat yang anda perolehi :
  1. Data yang holistik
  2. Memastikan keseimbangan  dalam memberikan pendapat
  3. Pentafsiran yang tidak mengetepikan unsur humanistic

·         Antara ciri pentafsiran yang boleh anda gunakan untuk tafsiran terhadap maklumat yang anda perolehi :-
  • a.     Bersifat holistik
  • b.    Berasaskan elemen
  • c.    Merujuk kriteria
  • d.    Panca instrumen
  • e.    Berpusatkan bahan dan elemen
  • f.     Pelbagi bentuk
  • g.    On-line
  • h.    Berterusan

MENILAI

Setelah melakukan teknik-teknik yang sebelum ini, maklumat yang diperoleh perlu terlebih dahulu dinilai kesahihannya.

a)    Perbandingan fakta dan pendapat

b)    Tahun penerbitan dan autoriti
       -Tahun penerbitan adalah untuk mengetahui sama ada maklumat tersebut terkini atau tidak manakala autoriti pula adalah untuk mengetahui  asal-usul maklumat tersebut serta boleh dipercayai atau tidak.

       Bagi menentukan kesahihan maklumat tersebut , anda perlu menyemak:-
v  Siapakah pengarang yang  menulis karya berkenaan?
v  Apakah kelayakan akademik penulis?
v  Apakah karya-karya lain yang pernah dihasilkan?
v  Adakah pengarang tersebut seorang yang pakar dalam bidang     yang ditulisnya?

c) Kumpulan sasaran dan penerbit

   - Adalah penting untuk anda menyemak sama ada maklumat bersesuaian  atau tidak untuk kumpulan sasaran tertentu.

d) Bahan popular dan akademik

    - Bahan-bahan yang popular selalunya memaparkan maklumat yang berbentuk pendapat dan kurang fakta berbanding dengan bahan akademik. Bahan akademik biasanya mempunyai rujukan tertentu dan lebih kepada fakta .

MENSINTESIS MAKLUMAT UNTUK MENGHASILKAN BAHAN
BERTULIS

v  Peringkat sintesis adalah peringkat untuk menjadikan data dalam
    bentuk baru dan bersepadu melalui kemahiran mengolah dan
    mencadangkan satu pembaharuan atau kefahaman baru.
v  Dapat memudahkan pemahaman daripada pelbagai sumber
    maklumat.
v  Pelajar perlu menyediakan data yang lebih sistematik supaya data
    dapat disintesis dengan lbih sempurna.
v  Proses ini juga menggabungkan unsur yng berlainan untuk
    menghasilkan satu gambaran menyeluruh dengan cara:-
ü  Menggabungkan idea
ü  Menggubal semula
ü  Menyatukan idea-idea

v  Proses  sintesis yang dijalankan dengan baik dan sempurna akan
    menjadikan maklumat lebih bermakna agar mudah difahami
    oleh pembaca.
v  Laporan bertulis digunakan untuk melaporkan sesuatu hal atau
    peristiwa yang berlaku.
v  Dalam menulis laporan, penulis hendaklah mengetahui segala
    butir tentang hal ataupun peristiwa, isu atau tajuk yang hendak
    dilaporkan.
v  Butiran yang perlu dimasukkan ialah; apa, siapa, bila, di mana,
    dan mengapa.
v  Ellins dan Hopkin (1985) telah mendefinisikan laporan sebagai
    dokumen untuk menyampaikan maklumat kepada pembaca
    yang khusus.
v  Menurut nuraini (1991:69), laporan juga boleh dikategori
    berdasarkan tujuan penulisan yang dikenal pasti sebagai:-
  • Makluman
  • Pemujukan
  • Penerangan
  • Sejarah

v  Bagi mendapatkan laporan yang tepat, pelapor seharusnya:-
  1. membuat sesuatu penyelidikan atau aktiviti
  2. Membuat rekod sesuatu peristiwa
  3. Menganalisa aktiviti
  4. Mensintesis sesuatu pelan tindakan
  5. Mmenghuraikan sesuatu peristiwa

Penyediaan laporan bertulis
Terdapat beberapa cara untuk menyediakan laporan bertulis dan cara berkenaan bergantung kepada tajuk yang dibincangkan dan kebolehan penulis untuk menyiapkan laporan berkenaan.
Antara cara penyediaan laporan :-
Ø  Memilih topik sekiranya tidak diberikan
Ø  Mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber
Ø  Meneliti dan memilih maklumat yang releven  dengan topik
Ø  Membuat nota
Ø  Menyediakan kerangka laporan
Ø  Menulis draf pertama dan mengenal pasti sumber yang dipetik
Ø  Melengkapkan laporan dengan jadual, graf dan bahan grafik
   lain yang sesuai..
Ø  Menyemak draf
Ø  Membuat pemurnian dan menulis draf kedua
Ø  Menerbitkan laporan

Panduan menulis laporan
  1. Tajuk kajian, nama penyelidik dan tarikh laporan diselesaikan
  2. Penghargaan
  3. Abstrak
  4. Halaman kandungan
  5. Latar belakang kajian
  6. Penyataan masalah/isu keprihatinan/fokus kajian
  7. Objektif kajian
  8. Metadologi kajian
  9. Perancangan
  10. Pelaksanaan perancangan
  11. Dapatan kajian
  12. Refleksi
  13. Kesimpulan dan cadangan
  14. Rujukan
  15. Lampiran