PENGENALAN
Imbasan terhadap pengalaman pembelajaran
ketika anda merupakan seorang pelajar, sama ada di sekolah ataupun di
universiti, adalah sesuatu yang boleh memotivasikan anda dalam aspirasi belajar. Namun, situasi pembelajaran
di IPGKPM adalah berbeza.
- Pertama, anda perlu memainkan peranan penting dalam mengurus pembelajaran anda sendiri.
- Kedua, anda perlu memberi perhatian kepada pensyarah atau tutor yang mengajar di dalam kelas sebenar.
- Ketiga, anda perlu mengatur pelbagai strategi untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya dalam pembelajaran.
PENETAPAN OBJEKTIF
- Matlamat adalah perkara-perkara yang anda mahu capai. Matlamat adalah penting untuk pelajar seperti anda kerana ia memberikan anda motivasi untuk melakukan kerja anda, menghadiri kelas dan bersedia untuk peperiksaan. Ini akan meningkatkan peluang kejayaan anda.
(a) Ciri-ciri Matlamat yang Berkesan.Untuk memiliki matlamat yang
berkesan, anda perlu:
(i) Pilih dan tentukan matlamat anda sendiri.
(i) Pilih dan tentukan matlamat anda sendiri.
(ii) Pastikan matlamat berkaitan dan selari dengan misi
dan nilai-nilai teras.
(iii) Pastikan matlamat yang perlu anda capai tetapi tidak memberikan tekanan yang tidak perlu untuk sesuatu pencapaian.
(iii) Pastikan matlamat yang perlu anda capai tetapi tidak memberikan tekanan yang tidak perlu untuk sesuatu pencapaian.
(iv)
Jadikan matlamat anda realistik untuk dicapai. Untuk ini, anda mesti menilai
peluang untuk mencapai matlamat. Pastikan anda mempunyai pengetahuan,
kemahiran, bakat dan sumber untuk mencapai matlamat anda.
(v)
Spesifikasikan matlamat untuk mendorong anda mencapai kejayaan.
(vi)
Matlamat boleh diukur jika anda dapat menentukan hala tujunya.
(vii)
Matlamat tidak terikat dengan masa. Pastikan matlamat pembelajaran anda
dirancang dari segi masa.
(viii)
Matlamat membantu anda untuk bersikap positif.
(ix) Aturkan matlamat. Tulis dan simpan bahan dengan baik
untuk memfokuskan
pencapaian.
- Dalam menetapkan matlamat yang berkesan, anda wajar mengingat akronim SMART yang bermaksud:
S
Specific (Khusus)
M
Measurable or verifiable (Boleh Diukur)
A
Attainable (Boleh Dicapai)
R
Relevant to personal mission (Sejajar dengan misi peribadi)
T
Time-bound target date (Ikatan
masa tarikh sasaran)
- Penting bagi anda untuk mengimbangkan antara matlamat akademik
dengan matlamat peribadi.
Matlamat akademik perlu berkaitan dengan
kerja kursus anda. Matlamat
peribadi juga adalah penting untuk tujuan
tersebut. Walau
bagaimanapun, jika anda memberikan tumpuan terlalu
banyak terhadap matlamat
peribadi, anda mempunyai peruntukan masa
yang sedikit untuk belajar.
Justeru, imbangkan matlamat akademik dan
peribadi anda secara
fleksibel.
STRATEGI MOTIVASI BAGI
PEMBELAJARAN YANG BERJAYA
(a)
Tetapkan Matlamat Pembelajaran yang Mencabar Tetapi Realistik
-Sebelum anda memulakan tugas anda, buat
keputusan mengenai fakta-fakta, konsep atau idea-idea yang anda mahu belajar.
Tetapkan diri anda tentang matlamat yang realistik dan boleh dicapai supaya
anda akan lebih bermotivasi.
(b)
Lakukan Tugas yang Lebih Mudah
-Lakukan tugas yang lebih mudah dan lebih
terkawal supaya anda tidak akan
berasa gentar atau takut.
(c)
Kekalkan Sikap Positif
-Kekalkan sikap positif anda. Fikirkan
kesulitan dan kerumitan sebagai cabaran. Jika ada sesuatu yang anda perlu
belajar yang seolah-olah mengancam, pertimbangkan cara untuk melakukan sesuatu
yang baharu.
(d)
Kemuncakkan Matlamat
-Bina satu set matlamat yang lebih
mencabar. Pastikan anda dapat rasakan puncak pencapaian matlamat.
(e)
Gunakan Strategi Pembelajaran Aktif
- Ambil inisiatif untuk mencari bahan
sumber dengan pergi ke perpustakaan, melayari laman web, bertanyakan soalan
kepada tutor, bersemuka dan sebaikbaiknya menggunakan peluang untuk berinteraksi serta
berkomunikasi dengan rakan sebaya dalam perbincangan maya.
(f)
Belajar daripada Kesilapan
-Kesilapan mengajar kita dalam kehidupan.
Tanya diri anda, „Adakah terdapat cara yang lebih baik?‰ apabila melakukan
sesuatu.
(g)
Memantau Pembelajaran
- Untuk memberi motivasi kepada diri
sendiri, cerminkan kemajuan anda sambil belajar. Dapatkan maklum balas daripada
tutor anda mengenai ujian dan tugasan anda. Bincangkan gred anda dengan pihak
yang berkaitan.
PENGURUSAN MASA
- Pengurusan masa adalah cara anda mengawal selia jadual anda. Kunci kepada pengurusan masa yang berjaya memberikan laluan yang lancar untuk’menyiapkan kerja anda.
- Beberapa faedah akan diperoleh daripada pengurusan masa yang berkesan iaitu:
- Rancang masa hadapan;
- Nilai kemajuan anda;
- Luangkan masa dengan lebih produktif;
- Kawal aktiviti anda; dan
- Utamakan senarai perkara yang paling penting dilakukan.
- Perkara-perkara berikut memberikan beberapa nasihat tentang cara untuk menganalisis penggunaan masa anda dengan menetapkan keutamaan dalam perancangan jadual.
(a)
Analisis Penggunaan Masa
-Ini adalah salah satu perkara yang
paling penting dalam pembelajaran dan wajar diuruskan sendiri. Walau
bagaimanapun, pengurusan masa adalah lebih Daripada sekadar mengurus masa anda. Ia juga mengenai
pengurusan diri.
(b)
Tetapkan Keutamaan Anda
- Sebaik sahaja anda tahu jumlah masa yang
anda ada untuk belajar, anda mesti
tahu cara menjaga situasi anda dan mencapai matlamat anda. Keutamaan
anda juga harus merangkumi hubungan anda dengan orang lain. Jika anda telah berkahwin, maka keutamaan anda
mungkin termasuk pasangan dan anak-anak anda. Sekiranya anda
masih bujang dan tinggal dengan
rakan-rakan, anda boleh mempertimbangkan rakan-rakan dalam senarai
keutamaan anda.
(c)
Merancang Jadual
-Mulakan proses perancangan
dengan menulis rancangan anda. Terdapat bantuan pengurusan masa berlainan yang
boleh membantu anda merancang. Ini termasuk jadual, diari dan
perancangan tahunan. Anda juga boleh menggunakan peralatan elektronik dalam
perancangan yang terbaharu!
PERANCANGAN
JADUAL BELAJAR
Bagi
seseorang pelajar merangka sebuah jadual belajar adalah satu kemestian, di mana
para pelajar perlu mengambil kira banyak faktor untuk menetapkan jadual
belajarnya sendiri. Pelajar boleh merangka jadual belajar dengan berdasarkan
perkara-perkara di bawah:
1.
Cuba peruntukkan masa beberapa jam sehari diperlukan untuk tujuan belajar dan
kemudian bahagikan masa tersebut mengikut keperluan
2.
Cuba kira berapa banyak kerja mesti dilakukan menurut keupayaan anda untuk
mematuhi jadual waktu belajar anda nanti. Peruntukkan sebanyak mungkin masa
untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran sahaja.
3.
Kerja sampingan lain hanya anda lakukan jika masa untuk belajar masih berbaki
4.
Anda boleh memilih waktu dalam hari-hari tertentu untuk melaksanakan tujuan ini
(kerja-kerja sampingan) dengan sehabis mungkin.
5.
Cuba ketepikan masa satu jam atau dua jam setiap hari untuk membuat nota.
6.
Anda perlu menulis dan memegang erat motto peribadi seperti ‘biarkan cepat
asalkan dapat’, yang bermaksud belajar dan menelaah semua mata pelajaran
bermula sejak hari pertama di kelas. Adalah lebih baik dan selamat, daripada
baru mulai membuat nota dan menelaah kira-kira seminggu sebelum peperiksaan.
7. Cuba beri keutamaan
kepada hal-hal perkuliahan dan pelajaran apabila di rumah atau asrama. Masa
yang lebih misalnya pada hari Sabtu dan Ahad bolehlah digunakan untuk
aktiviti-aktiviti sampingan.
GAYA PEMBELAJARAN SENDIRI
- Gaya pembelajaran sendiri boleh membantu meningkatkan pembelajaran anda. Jika anda tahu gaya pembelajaran, anda boleh memfokuskan pembelajaran anda, sekali gus meningkatkan ketegaran anda.
- Orang yang berlainan cenderung kepada gaya pembelajaran yang berbeza.Walau bagaimanapun, terdapat juga cara lain untuk menentukan bentuk gaya pembelajaran. Tidak ada kelebihan antara satu gaya pembelajaran dengan gaya yang lain. Dengan pengetahuan yang khusus tentang gaya pembelajaran sendiri, anda dapat:
(a)
Mengelak situasi bermasalah;
(b)
Mensasarkan perkara-perkara yang memerlukan penambahbaikan; dan
(c)
Mencapai lebih kejayaan.
- Pengurusan Pembelajaran
- Pembelajaran terarah kendiri memerlukan anda mengkaji secara bebas tentang ketersediaan masa. Justeru, modul ini berfungsi sebagai sumber utama pembelajaran. Modul ini juga ditambah dengan bahan-bahan bacaan bercetak dan digital yang lain. Di samping itu, pembelajaran juga berlak dengan penggunaan pita audio, video, CD-ROM dan eksperimen di dalammakmal. Rajah 1.2 menunjukkan beberapa kelebihan yang diperoleh pelajaryang berfungsi dalam pembelajaran terarah kendiri.